Tentang Kami
Sedikit pengenalan ringkas tentang Autaz Quranic Centre.

Latar Belakang
Ditubuhkan Sejak 2014
Autaz Quranic Centre merupakan sebuah pusat pengajian Al-Quran yang ditubuhkan pada tahun 2014 di Kota Tinggi, Johor dan berpindah Kampung Kelulut, Marang pada tahun 2016. Pusat ini khusus untuk anak-anak berumur 5 hingga 15 tahun dengan matlamat membimbing mereka membaca Al-Quran dengan lancar dan berkesan.
Penubuhan AQC berinspirasikan keprihatinan kami terhadap ramai remaja yang tidak mampu menghadiahkan bacaan Al-Quran kepada ibu bapa mereka sendiri dan lagi menyedihkan adalah hanya mampu menangis di samping jenazah ibu ayah sambil membuka audio mengaji dalam telefon kerana buta Al-Quran. Oleh itu, kami komited untuk membantu ibu bapa membimbing anak-anak mereka dalam mempelajari dan menguasai bacaan Al-Quran dengan lebih cepat dan berkesan.
Sejak beroperasi, AQC telah mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat. Namun, kami mendapati bahawa ramai pelajar mengambil masa yang terlalu lama untuk mengkhatamkan Al-Quran. Ini menyebabkan ibu bapa perlu mengorbankan lebih banyak masa, tenaga, dan wang bagi memastikan anak-anak mereka berjaya khatam.
Cabaran utama dalam pembelajaran Al-Quran ialah jumlah pelajar yang ramai dalam satu kelas serta waktu pembelajaran yang terhad, yang memperlahankan proses khatam. Oleh itu, AQC memperkenalkan “Program Khatam Al-Quran Setahun” iaitu satu modul khas yang dirangka untuk membantu pelajar menghabiskan bacaan Al-Quran dalam tempoh hanya satu tahun.
Program ini bukan sahaja mempercepatkan proses pembelajaran, malah membantu anak-anak mengimbangi pelajaran akademik mereka agar tidak tercicir dalam bidang lain.
Visi & Misi AQC
Impian kami di AQC adalah untuk melihat pelajar mampu membaca Al-Quran dengan lancar dan khatam dalam tempoh setahun, seawal usia 7 tahun. Kami juga berhasrat agar lebih ramai pelajar dapat menguasai bacaan Al-Quran sebelum mereka melangkah ke peringkat menengah. Dengan izin Allah, AQC menyasarkan untuk melahirkan 10,000 generasi celik Al-Quran menjelang tahun 2027.
Mastermind AQC
Inilah barisan tulang belakang Autaz Quranic Centre.

Khairul Nazmi
Founder AQC

Saadah
Co-founder AQC

Syafitah
Administrator

Nadzirah
Head Of Academic Affair

Syahirah
Accountant

Aisyah
Operation Assistant

Amira
Head Of Student Affair

Fadhilah
Head Of Operation

Biodata Pengasas AQC
Ustaz Khairul Nazmi
Ustaz Mohd Khairul Nazmi Bin Muhamad Noor dilahirkan pada 19 Jun 1989 di Hospital Sains Malaysia (HUSM), Kota Bharu Kelantan. Mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Keling Kota Bharu kemudian menyambut pengajian dalam bidang tahfiz di Madrasah Tahfiz Al-Hidayah Rantau Panjang Kelantan selama 5 tahun (kini dikenali sebagai Maahad Tahfiz Banggol Kulim).
Sepanjang tempoh pengajian di sini, beliau pernah merangkul Naib Johan Pertandingan Hafazan Al-Quran bagi kategori 1 sehingga 5 juzuk peringkat Negeri Kelantan pada tahun 2004. Pada ketika ini juga beliau aktif menjadi imam tarawih jemputan di seluruh Malaysia, antaranya di Johor, Pahang, Perak dan beberapa negeri lain sehingga kini.
Selepas tamat pengajian di madrasah tersebut, beliau menyambung pengajian ke peringkat menengah untuk mendapatkan sijil SMU dan SPM di Sekolah Ugama (Arab) Taqaddum Al-Maarif Pasir Tumboh Kota Bharu Kelantan selama 2 tahun. (kini dikenali sebagai Maahad Taqaddum Al-Maarif)
Selepas mendapat keputusan dalam SPM, beliau meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dalam bidang Tahfiz Wal Qiraat di Kolej Universiti Insaniah Kedah (Kini dikenali sebagai UNISHAM). Selama 3 tahun pengajian, beliau sempat bertalaqi dengan beberapa orang guru bagi meningkatkan kualiti bacaan dan hafazan. Ketika ini juga, beliau pernah diamanahkan oleh gurunya untuk memegang jawatan Pengerusi Persatuan Kuliah Al-Quran (ITQAN).
Setelah tamat pengajian Diploma selama 3 tahun, beliau terus berkhidmat kepada agama dan masyarakat di Kedah sebagai guru tasmi’ Al-Quran di Maahad Darul Hadis serta menjadi Imam Sambilan di Masjid Ar-Rahman Alor Merah, Alor Setar Kedah.